Site icon Gabungan Rakyat Sabah

GRS rumah sebenar Parti-Parti tempatan Sabah, UPKO sertai demi masa depan Negeri : Ewon

PENGHARGAAN: Ewon merakamkan penghargaan kepada Hajiji dan kepimpinan GRS atas penerimaan UPKO sebagai parti komponen baharu gabungan itu.

KOTA KINABALU:Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kini secara rasmi menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekali gus memperkukuh kedudukan gabungan parti-parti tempatan sebagai wadah utama memperjuangkan kepentingan dan pembangunan negeri.

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, penerimaan itu dimaklumkan kepadanya selepas permohonan rasmi keanggotaan yang dikemukakan pada 29 Mei lalu mendapat persetujuan sebulat suara Majlis Tertinggi GRS dalam mesyuarat yang berlangsung pada Khamis.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta seluruh kepimpinan GRS atas kepercayaan dan penerimaan yang diberikan kepada UPKO.

โ€œSaya bersyukur dan berbesar hati dapat membawa UPKO ke tempat yang saya percaya merupakan rumah sebenar parti-parti tempatan Sabah, iaitu dalam gabungan parti-parti tempatan yang memperjuangkan masa depan negeri ini.

โ€œPenyertaan ini juga mengembalikan semangat asal pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menyaksikan parti-parti politik di Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu bergerak dalam kerangka kerjasama wilayah masing-masing,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—”๐Ÿฒ๐Ÿฏ
Menurut Ewon, penyertaan UPKO dalam GRS selari dengan aspirasi memperkukuh peranan parti tempatan dalam menentukan hala tuju pembangunan Sabah serta mempertahankan hak-hak negeri yang termaktub dalam MA63.

Beliau berkata, parti-parti tempatan lebih memahami identiti, keperluan dan aspirasi rakyat Sabah, sekali gus berada pada kedudukan terbaik untuk memperjuangkan kepentingan negeri secara berkesan.

โ€œHanya parti-parti tempatan Sabah yang benar-benar memahami citra, realiti dan keperluan rakyat negeri ini dalam merancang masa depan yang lebih baik.

โ€œGRS adalah satu-satunya gabungan yang diterajui sepenuhnya oleh parti-parti tempatan Sabah, dan saya percaya ia merupakan platform terbaik untuk memperjuangkan agenda Sabah First, Sabah Prosper dan Sabah United,โ€ katanya.

๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—ข ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ
Ewon berkata, UPKO komited memainkan peranan aktif dalam memperkukuh GRS serta menyumbang kepada usaha membangunkan negeri di bawah kepimpinan Hajiji.

Beliau berkata, parti itu akan terus bekerjasama dengan semua komponen GRS bagi memastikan kestabilan politik dapat dikekalkan, sekali gus membolehkan agenda pembangunan negeri dilaksanakan dengan lebih berkesan demi manfaat rakyat. โ€œSaya mengajak seluruh rakyat Sabah untuk terus bersatu di bawah semangat kerjasama parti-parti tempatan dalam GRS bagi membina masa depan negeri yang lebih makmur, progresif dan bersatu,โ€ katanya.

Exit mobile version