Site icon Gabungan Rakyat Sabah

GRS hanya letak calon boleh menang, umum senarai 12 November: Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan warta tanah untuk tapak kediaman anak negeri kepada wakil penduduk kampung pada majlis penyerahan di Tapak Tamu Pekan Menumbok pada Khamis.

MENUMBOK:Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengesahkan bahawa senarai calon GRS yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 akan diumumkan pada 12 November ini, iaitu tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Beliau berkata, pengumuman itu dibuat selepas rundingan pembahagian kerusi selesai sepenuhnya antara parti-parti komponen dalam gabungan tersebut.

“Kita sudah agih kerusi. Kalau ada parti lain mahu umum lebih awal, itu hak mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Datuk Limus Jury, jemputan lain dan rakyat yang menghadiri Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok 2025 – 2035, Penyerahan Kunci Rumah Sabah Maju Jaya, Perasmian Masjid Nur Ihsan Daerah Menumbok, Penyerahan Warta Tanah dan Penyampaian bantuan Yayasan Pendidikan Limus Jury di Tapak Tamu Pekan Menumbok, pada Khamis.

GRS akan umumkan calon kita pada 12 November nanti,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Menumbok 2025–2035 di Pekan Menumbok, semalam.

Majlis berkenaan turut disertai penyerahan kunci Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), perasmian Masjid Nur Ihsan, penyerahan warta tanah kediaman anak negeri, dan penyampaian bantuan Yayasan Limus Jury.

Hajiji melahirkan keyakinan bahawa GRS akan kembali membentuk kerajaan negeri selepas PRU DUN Sabah pada 29 November ini, berdasarkan kekuatan calon yang berwibawa dan berpotensi besar untuk menang di semua kawasan yang ditandingi.

“Kita hanya letak calon yang boleh menang, termasuk di Kuala Penyu ini. Calonnya saya sudah bagi sedikit ‘hint’ tadi, dan kita yakin kemenangan berpihak kepada GRS,” katanya sambil menambah bahawa kemenangan itu akan memastikan kesinambungan pembangunan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Beliau berkata, mandat baharu amat penting bagi memastikan kerajaan negeri dapat meneruskan pelbagai projek dan dasar strategik yang dirancang untuk rakyat.

Dalam perkembangan lain, Hajiji bersetuju agar cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah dibincangkan semula dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kemudahan ini penting bukan sahaja untuk memudahkan perhubungan di antara pulau dan tanah besar, tetapi juga untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi di daerah kecil Menumbok dan Kuala Penyu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri terbuka untuk menilai semula potensi projek berimpak tinggi itu selaras dengan usaha memperkukuh infrastruktur pengangkutan dan ekonomi serantau di bawah agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

— TAMAT

Exit mobile version