Site icon Gabungan Rakyat Sabah

DUN Sabah lulus empat RUU libat pengurusan, tanah dan kebajikan

PERSIDANGAN: Hajiji dan Joachim pada persidangan DUN Sabah yang meluluskan empat RUU.

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada persidangan, Khamis, melibatkan aspek pentadbiran, kebajikan, perumahan dan tanah.

Empat RUU berkenaan ialah RUU Enakmen Hari Kelepasan (Pindaan) 2026, RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026, RUU Enakmen Pengurusan Bangunan 2026 dan RUU Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya ย meluluskan RUU Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026, manakala Timbalan Speaker Datuk Al-Hambra Juhar meluluskan RUU Enakmen Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 dan RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026.

RUU Enakmen Pengurusan Bangunan 2026 pula diluluskan oleh Timbalan Speaker, Datuk Richard Yong We Kong, dengan kesemua RUU tersebut dibahaskan oleh 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan diluluskan dengan sokongan majoriti.

๐๐ข๐ง๐๐š๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ ๐œ๐ฎ๐ญ๐ข ๐ ๐š๐ง๐ญ๐ข๐š๐ง:
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, RUU Enakmen Hari Kelepasan (Pindaan) 2026 bertujuan meminda Enakmen Hari Kelepasan [Bab 56], khususnya subseksyen 3(3), bagi memperjelaskan kedudukan undang-undang berkaitan cuti gantian apabila berlaku pertindihan hari kelepasan pada hari Ahad.

Menurutnya, pindaan itu akan memastikan pelaksanaan cuti gantian lebih teratur, konsisten serta selaras dengan Holidays Act 1951.

๐๐ข๐ง๐๐š๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ก๐ค๐š๐ฆ๐š๐ก ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ก:
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki menjelaskan RUU Pengangkatan (Pindaan) 2026 bertujuan meminda Ordinan Pengangkatan 1960.

Katanya, pindaan itu dibuat susulan penguatkuasaan Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024 yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah mengendalikan urusan pengangkatan bagi umat Islam di Sabah.

โ€œPindaan ini penting bagi memastikan Ordinan Pengangkatan 1960 tidak lagi terpakai kepada orang Islam, sekali gus membolehkan pelaksanaan enakmen baharu berjalan dengan berkesan,โ€ katanya.

๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฌ:
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, RUU Enakmen Pengurusan Bangunan 2026 memperkenalkan sistem pengurusan bangunan yang lebih komprehensif dan moden.

Menurutnya, antara pendekatan utama ialah penubuhan Pesuruhjaya Pengurusan Bangunan bagi memantau pematuhan undang-undang, selain menetapkan garis masa jelas bagi penubuhan Management Corporation.

โ€œLangkah ini bertujuan memastikan pengurusan bangunan lebih teratur, telus dan berakauntabiliti, di samping melindungi kepentingan pemilik dan pembeli,โ€ katanya.

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐›๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐ก๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ฌ๐ฎ๐›๐ฌ๐ข๐๐ข๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ซ๐ž๐ก๐ž๐ง๐ฌ๐ข๐Ÿ
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih berkata, RUU Enakmen Tanah (Hakmilik Subsidiari) 2026 memperkenalkan kerangka perundangan lebih menyeluruh bagi memudah cara pecah bahagi bangunan atau tanah kepada petak hak milik subsidiari.

Menurutnya, RUU itu memperluas skop undang-undang dengan meliputi bukan sahaja bangunan, tetapi juga tanah yang mempunyai lebih daripada satu struktur, selaras dengan perkembangan pembangunan berstrata.

โ€œRUU ini disusun semula secara lebih komprehensif kepada lapan bahagian utama dengan 54 klausa berbanding tujuh bahagian dalam enakmen terdahulu,โ€ katanya.

Exit mobile version