KOTA KINABALU: Ketepatan dasar pembangunan Sabah pada masa hadapan bergantung besar kepada sejauh mana lengkap dan terkininya data ekonomi negeri, dan inilah sebabnya Banci Ekonomi 2026 dilihat sebagai instrumen yang amat penting dalam memperkukuh pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum berkata, perancangan pembangunan yang berkesan hanya boleh dicapai apabila kerajaan mempunyai akses kepada data yang tepat dan lengkap, membolehkan setiap keputusan dasar dibuat berasaskan fakta dan bukan andaian.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 pada Khamis di sini.
โKejayaan pelaksanaan SMJ 2.0 amat bergantung kepada ketersediaan data yang berkualiti. Data ini membolehkan kerajaan mengenal pasti sektor berpotensi tinggi, merancang strategi pembangunan secara lebih berkesan serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara inklusif,โ katanya.
๐ฆ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ ๐๐ถ๐น๐ถ๐ผ๐ป ๐ ๐ฒ๐ป๐ท๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ฌ๐ฏ๐ฌ
Menurut Jonnybone, data yang diperoleh daripada banci itu turut menjadi pemangkin kepada sasaran kerajaan negeri untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah melebihi RM100 bilion menjelang tahun 2030.
Beliau berkata, Banci Ekonomi 2026 akan menyediakan gambaran menyeluruh mengenai landskap ekonomi Sabah, sekali gus menyokong proses perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pelbagai inisiatif di bawah SMJ 2.0.
๐๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ฒ๐ฌ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ต๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป
Jonnybone berkata, setakat ini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah telah melengkapkan bancian terhadap lebih 60 peratus daripada kira-kira 90,000 pertubuhan yang disasarkan, meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.
Beliau berkata, Fasa 1 bancian yang melibatkan perusahaan mikro telah dilaksanakan dari Januari hingga Mac lalu, manakala Fasa 2 dan Fasa 3 yang melibatkan perusahaan besar, sederhana dan kecil sedang berlangsung dari April hingga September tahun ini.
๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ต ๐๐ผ๐บ๐๐ป๐ถ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ถ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ด๐ฒ๐๐ฎ
Sehubungan itu, Jonnybone menyeru komuniti perniagaan, pemain industri serta badan profesional agar terus memberikan kerjasama penuh kepada DOSM bagi memastikan kadar respons yang tinggi dan data yang dikumpulkan benar-benar mencerminkan keadaan ekonomi semasa negeri.
Beliau turut memberi jaminan bahawa semua maklumat yang dikemukakan responden dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan undang-undang, dengan aspek kerahsiaan sentiasa menjadi keutamaan sepanjang pelaksanaan banci. Turut hadir Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah, Khairolnizam Hassan.

