Isu pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (CJN) 5% ke atas produk petroleum di Sabah bukan perkara baharu. Perbincangan mengenainya telah bermula sejak era Barisan Nasional, apabila kerajaan Sabah dan Sarawak meneliti potensi CJN sebagai sumber hasil tambahan negeri. Ketika itu, idea ini masih berada pada peringkat awal perbincangan dan belum dimuktamadkan, khususnya bagi produk petroleum, walaupun negeri telah lama mengenakan cukai jualan terhadap produk seperti kelapa sawit dan perniagaan ramalan.
๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ, ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ฟ๐ถ:
Selepas Pilihan Raya Umum 2018, apabila Sarawak keluar daripada Barisan Nasional, negeri itu mengambil langkah berani dan strategik untuk mengenakan CJN ke atas produk petroleum berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Langkah ini mencabar status quo dan membawa kepada pertikaian dengan Petronas.
Namun, Sarawak konsisten memperjuangkan haknya melalui saluran undang-undang. Pertikaian dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuching dan akhirnya mencapai penyelesaian komersial pada 2020, apabila Petronas bersetuju membayar CJN kepada Sarawak bermula 1 Januari 2019. Hasilnya, Sarawak menerima RM2.96 bilion bagi cukai tahun 2019 sahaja , satu pencapaian besar hasil kepimpinan tegas Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Di Sabah pula, walaupun idea CJN petroleum dicetuskan oleh Tan Sri Musa Aman, selepas beliau tidak lagi menerajui kerajaan negeri, usaha tersebut terhenti. Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, memilih untuk berdiam diri, walaupun Sarawak sedang memperjuangkan isu yang sama. Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, mendiang Tan Sri James Jemut Masing, secara terbuka menyifatkan Shafie sebagaiย โpengecutโย kerana tidak berani menyokong Sarawak membawa Petronas ke mahkamah.
๐ช๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ง๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ด ๐ก๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ:
Hanya selepas Sarawak berjaya mencapai penyelesaian dengan Petronas pada Jun 2020, barulah kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah menyatakan hasrat untuk melaksanakan CJN petroleum. Namun keputusan tersebut dibuat secara sepihak dan tidak pernah dilaksanakan, kerana kerajaan Warisan tumbang sebelum tindakan konkrit diambil.
Hakikatnya, Warisan tidak memainkan peranan utama dalam perjuangan CJN petroleum, sebaliknya hanya โmenangguk di air keruhโ selepas melihat kejayaan Sarawak. Tindakan lambat dan tidak berani itu menyebabkan Sabah kehilangan peluang hasil negeri selama dua tahun (2019 dan 2020) yang dianggarkan bernilai RM2.5 bilion ,satu jumlah yang besar yang sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negeri.
๐๐ฅ๐ฆ ๐๐ถ๐ฑ๐๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ ๐ฅ๐๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป, ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐๐ก ๐ฆ๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ง๐๐ป๐๐ฎ๐:
Selepas pengambilalihan pentadbiran negeri oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada September 2020, Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengambil langkah proaktif menghidupkan semula rundingan dengan Petronas.
Hasilnya, padaย 15 Disember 2020, Petronas akhirnya mendaftar dan dilesenkan di bawah CJN Sabah. Pelaksanaan rasmi bermula pada Januari 2021, membolehkan Sabah mula menerima hasil cukai petroleum yang dianggarkan berjumlah RM1.25 bilion setahun.
Langkah ini mencerminkan keupayaan GRS mengurus hubungan persekutuanโsyarikat dengan tegas tetapi berstrategi, seperti yang dilakukan oleh Sarawak. Ia juga membuktikan bahawa pelaksanaan CJN bukan hasil usaha kerajaan terdahulu, tetapi hasil inisiatif dan ketegasan kepimpinan Hajiji.
๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ โ๐๐ฎ๐ธ๐ถ ๐๐น๐ฎ๐ถ๐บโ ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฏ๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ
Adalah tidak tepat , malah bersifat politik semata-mata ,untuk mana-mana pihak mendakwa bahawa pelaksanaan CJN petroleum di Sabah adalah hasil usaha kerajaan Warisan. Fakta kronologi menunjukkan bahawa Warisan gagal bertindak ketika peluang terbuka luas pada 2018โ2019, sedangkan Sarawak sudah bergerak pantas.
Sekiranya Tan Sri Musa Aman masih menerajui kerajaan pada masa itu, hampir pasti Sabah akan mengikut jejak Sarawak dan mula mengutip CJN petroleum seawal 1 Januari 2019. Namun kelemahan kepimpinan kerajaan Warisan menyebabkan Sabah ketinggalan dua tahun, dan kehilangan hasil bernilai berbilion ringgit.
๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป:
Pelaksanaan CJN petroleum 5% di Sabah adalah hasil ketegasan, kecekapan rundingan dan kepimpinan berwibawa kerajaan GRS di bawah Hajiji, bukan kerana tuntutan politik kosong. Warisan hanya โkaki claimโ, menumpang nama selepas kerja keras dilakukan oleh pihak lain.
CJN petroleum adalah instrumen penting untuk menambah hasil negeri dan memperkukuh kedudukan Sabah dalam kerangka federalisme Malaysia. Untuk memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya, Sabah memerlukan kepimpinan yang berani, matang dan konsisten, bukan sekadar slogan politik.
*๐ผ๐ง๐ฉ๐๐ ๐๐ก ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐๐ฃย ๐ฅ๐๐ฃ๐ช๐ก๐๐จ๐๐ฃ ๐๐จ๐๐กย ๐ฟ๐๐ฉ๐ช๐ ๐ผ๐ง๐ฉ๐๐ช๐ง ๐๐๐ฃ, ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐จ๐๐๐๐ฃ ๐๐ฝ๐, ๐๐๐ฃ ๐ฉ๐๐ก๐๐ ๐๐๐จ๐ช๐ฃ๐ฉ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐ง๐ฉ๐ ๐๐๐จ๐ช๐จ๐ช๐ฃ ๐จ๐๐ข๐ช๐ก๐ ๐ค๐ก๐๐ ๐
๐ช๐ก๐๐ ๐ผ๐ฝ๐.

