Site icon Gabungan Rakyat Sabah

BUDI MADANI Diesel perlu ambil kira realiti geografi dan ekonomi Sabah :Nizam

SARANAN: Nizam berkata pendekatan yang lebih fleksibel dalam pelaksanaan BUDI MADANI Diesel mampu memastikan matlamat mengurangkan ketirisan subsidi dapat dicapai tanpa menjejaskan kesejahteraan dan aktiviti ekonomi rakyat Sabah.

KOTA KINABALU:Pelaksanaan program BUDI MADANI Diesel perlu mengambil kira realiti geografi, mobiliti rakyat serta struktur ekonomi Sabah yang unik agar subsidi bersasar itu tidak membebankan golongan yang bergantung kepada diesel untuk kelangsungan hidup harian.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata pendekatan yang lebih fleksibel dan sensitif terhadap keperluan tempatan perlu diberikan pertimbangan serius dalam pelaksanaan program berkenaan, khususnya bagi memastikan rakyat Sabah yang benar-benar memerlukan tidak terjejas.

Menurut beliau, kumpulan sasar yang perlu diberikan perhatian utama termasuk penduduk luar bandar, petani, nelayan serta pengusaha kecil yang menggunakan diesel bukan sebagai pilihan, tetapi sebagai keperluan asas dalam menjalankan aktiviti harian dan menyara kehidupan.

“Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel perlu mengambil kira realiti geografi, mobiliti rakyat serta struktur ekonomi Sabah agar tidak membebankan golongan yang bergantung kepada diesel untuk kelangsungan hidup,” katanya.

Nizam berkata, matlamat kerajaan untuk mengurangkan ketirisan subsidi adalah sesuatu yang boleh difahami dan disokong, namun mekanisme pelaksanaannya perlu diperhalusi agar impak kepada rakyat Sabah dapat dikurangkan seoptimum mungkin.

Beliau berkata, Sabah mempunyai landskap geografi dan corak ekonomi yang berbeza berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, menjadikan keperluan diesel di kalangan rakyat lebih tinggi dan lebih meluas, terutamanya di kawasan pedalaman dan pesisir pantai.

Dalam hal ini, Nizam berharap Kerajaan Persekutuan terus memperhalusi pelaksanaan subsidi bersasar diesel dengan mengambil kira keperluan sebenar rakyat Sabah, khususnya penduduk luar bandar, petani, nelayan dan pengusaha kecil.

Nizam berkata, pendekatan yang lebih fleksibel dalam pelaksanaan BUDI MADANI Diesel mampu memastikan matlamat mengurangkan ketirisan subsidi dapat dicapai tanpa menjejaskan kesejahteraan dan aktiviti ekonomi rakyat Sabah.

Beliau menegaskan, dasar subsidi yang baik bukan sekadar mengurangkan perbelanjaan kerajaan, tetapi juga memastikan manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukannya. “Pendekatan yang lebih fleksibel dalam pelaksanaan BUDI MADANI Diesel mampu memastikan matlamat mengurangkan ketirisan subsidi dapat dicapai tanpa menjejaskan kesejahteraan dan aktiviti ekonomi rakyat Sabah,” katanya.

Exit mobile version