Arifin dilantik Profesor Adjung Universiti Islam Selangor

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Bertanggungjawab Hal Ehwal Agama Negeri Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Islam Selangor (UIS), sekali gus memperkukuh hubungan keilmuan dan dakwah antara Sabah dan Semenanjung.

Pelantikan itu disempurnakan menerusi Majlis Serahan Watikah Pelantikan yang disampaikan oleh Naib Canselor UIS, Datuk Profesor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, bertempat di Pejabat Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), di sini, pada Selasa.

Mohd Arifin berkata, pelantikan berkenaan diharap dapat menjadi jambatan penghubung antara Sabah dan Semenanjung, khususnya Selangor, dalam memperkukuh ukhuwah, dakwah serta keilmuan Islam.

“Kerjasama strategik ini penting bagi memperkasakan bidang pendidikan dan keilmuan Islam serta dakwah,” katannya.

Menurutnya, hubungan erat antara institusi pendidikan Islam dan kepimpinan negeri mampu memberi manfaat besar dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta berdaya saing, lebih-lebih lagi UIS turut menerima sebilangan anak Sabah melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UIS sejak sekian lama.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Naib Canselor UIS Selangor yang turut membincangkan hala tuju serta bentuk kerjasama berterusan dalam memperkasa pembangunan pendidikan Islam dan dakwah di peringkat nasional.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles