KOTA KINABALU:Penguatkuasaan Akta Antibuli 2026 yang mula berkuat kuasa pada 16 Jun lalu disifatkan sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak dan pelajar serta membanteras gejala buli yang semakin membimbangkan.
Pengerusi Biro Undang-Undang Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Erveana Ansari berkata, akta berkenaan bersama penubuhan Tribunal Antibuli menyediakan saluran yang lebih jelas dan berkesan kepada mangsa untuk mendapatkan pembelaan serta keadilan.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kejayaan akta tersebut tidak boleh diukur semata-mata melalui pewujudannya, sebaliknya bergantung kepada tahap pelaksanaan dan penguatkuasaan yang konsisten, telus serta berintegriti.
โIni merupakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh sistem perlindungan kanak-kanak dan pelajar di negara ini. Namun, keberkesanannya bergantung kepada komitmen semua pihak untuk melaksanakan undang-undang ini tanpa kompromi,โ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ฝ ๐๐๐น๐ถ ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ป๐ณ๐น๐ถ๐ธ ๐๐ถ๐ฎ๐๐ฎ
Menurut Erveana, antara kebimbangan utama ibu bapa ketika ini ialah kecenderungan sesetengah pihak untuk menganggap kes buli sebagai isu kecil atau sekadar konflik biasa dalam kalangan pelajar.
Beliau berkata, persepsi bahawa terdapat pihak yang lebih mengutamakan reputasi institusi berbanding mendedahkan kebenaran perlu ditangani dengan serius kerana boleh menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem perlindungan sedia ada.
โSekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak. Sebarang dakwaan buli perlu disiasat secara telus dengan bukti dikumpulkan secara menyeluruh, selain memastikan mangsa dan saksi diberikan perlindungan sewajarnya.
โTiada mana-mana pihak boleh menghalang saksi daripada tampil memberi keterangan atau melakukan tindakan yang boleh menjejaskan integriti siasatan,โ katanya.
๐๐ฒ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต
Erveana turut menekankan bahawa pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan secara profesional dan bebas daripada sebarang pengaruh luar, khususnya dalam kes yang melibatkan unsur jenayah, kecederaan serius atau ancaman terhadap keselamatan mangsa.
Menurutnya, walaupun penyelesaian secara damai boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu, pendekatan itu tidak seharusnya dijadikan jalan mudah bagi menyelesaikan semua kes buli.
โTerdapat kes yang memerlukan tindakan undang-undang demi kepentingan awam. Jika bukti mencukupi, kes perlu dibawa ke mahkamah supaya menjadi pengajaran dan memberi mesej jelas bahawa setiap perbuatan mempunyai akibat,โ katanya.
Erveana berkata, kegagalan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku buli hanya akan mewujudkan persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang hukuman.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ถ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฎ๐๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป
Bagaimanapun, Erveana berpandangan isu buli perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek akauntabiliti dan pemulihan.
โMangsa perlu mendapat keadilan, manakala pelaku yang sesuai diberikan peluang untuk berubah melalui kaunseling, pendidikan dan intervensi yang berkesan.
โKita perlu memastikan pendekatan yang seimbang antara penguatkuasaan undang-undang dan usaha pemulihan demi kebaikan semua pihak,โ katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pelaksanaan Akta Antibuli 2026 turut mengambil kira cabaran yang dihadapi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.
Beliau berkata, akses kepada maklumat, mekanisme aduan, bantuan guaman serta sokongan psikososial perlu diperluaskan supaya setiap kanak-kanak mendapat perlindungan yang sama tanpa mengira lokasi atau latar belakang keluarga.
โAkta Antibuli 2026 mempunyai potensi besar untuk mengubah landskap perlindungan kanak-kanak di negara ini. Namun, undang-undang yang baik tidak akan mencapai matlamatnya jika ada pihak memilih untuk menutup mata terhadap ketidakadilan. โMembanteras buli memerlukan keberanian untuk bercakap benar, melindungi mangsa dan memastikan tiada sesiapa yang kebal daripada undang-undang,โ katanya.

